Friday 26 April 2013

Fikir Untuk Masa depan Negeri perak...!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Perak memberi mandat kepada Barisan Nasional  untuk memerintah Perak untuk menjaga kepentingan rakyat-rakyat di Perak...

Kemusykilan timbul apabila siapa yang akan jadi MB pada masa akan datang..???

Pada masa pemerintahan Zambry dia nie bagus la jugak..Tapi dia nie pentingkan kroni...bukan parti...orang bawah dia semua kaya raya...aku...???opsss....aku bukan anak buah dia..sebab tu la berjuang atas nama sayang atas parti....Aku ada bukti asas yang mana puak2 MB kita pentingkan puak dia jer...contoh paling nyata ialah
Bukti di atas nampak sangat puak2 MB nie penting kroni bukannya parti..Semalam, Program Jelajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun dia x ajak bos aku...nk cari publisiti la konon..biar gambar yang berbicara..

Ada nampak muka bos aku kt sini...puak2 MB cnie mmang lerr...penting publisiti murahan...Bos aku dok sibuk kerja untuk rakyat dengan berkempen..dia boleh cari publisiti murahan dengan Najib..hampehh tolll....aku dedahkan benda nie sebab aku sayang parti aku...Ahli UMNO kena lihat benda nie..Ayuh...Kita tukar MB kalau BN sekali lagi dapat memerintah Perak..

fere

Kenali Calon BN N23 Manjoi

UMNO ternyata tersilap strategi ketika memilih seorang calon baru BN bernama Mohamad Ziad Bin Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin untuk bertanding di kerusi DUN No.23 Manjoi, Perak....Dia nie masok UMNO pun sbb nak bertanding...dia nie dulu Ahli PAS....sekarang kecoh dia nie pernah daftar sebagai ahli PAS pada 5 oktober 1997 dan nombor ahlinya 0441563..





Dia nie nak bertanding tapi pakai populariti bos aku...pergi berkempen pun dgn bos aku....ko jangan jadi pengkhianat sudaa...aku memang x respect calon nie..masok BN sbb nak bertanding...lebih penting jawatan bukannya nk kerja untuk rakyat......Hidup Barisan Nasional...


HOLA

Salam 1 Malaysia,

Terlalu ramai yang menghantar email bertanyakan kehilangan aku dalam dunia penulisan blog. First 4 all, aku panjatkan jutaan kemaafan di atas perkara tersebut. Terpaksa aku tegaskan kehilangan sementara aku bukanlah disebabkan penulisan aku selama ini. Ianya lebih kepada sabbatical. Terlalu lemas dengan pelbagai kekangan.

Antara yang paling utama ialah tugasan menyiapkan tesis akhir pengajian aku. Justeru aku terpaksa meletakkan keutamaan mengikut aturan. Agak rugi jika ianya tertangguh hanya disebabkan aku perlu memberi penumpuan lebih kepada Zambry. Adakah ianya memberi makna aku tidak akan mendedahkan apa jua kelemahan Zambry? Tidak sama sekali.

Sementelah pula bos aku tidak diberi ruang untuk bertanding DUN sedangkan 2 bulan sebelum itu ketika berbincang dalam fasa akhir perasmian UTC, Zambry memberi perakuan yang bos aku akan bertanding di DUN Manjoi bagi membuktikan kepada umum yang Zambry dan bos aku tidak pernah bermasalah.



Dengan mencalonlan Ziyad, budak hingusan sebagai calon DUN Manjoi nampaknya perseteruan Zambry terhadap bos aku akan berkekalan dalam dunia politik Umno Perak khususnya. Pencalonan budak PAS itu di DUN Manjoi membuktikan pembunuhan karakter sedang berlaku dan mangsanya ialah bos aku sendiri. Tengoklah budak PAS berwatak alim itu, terpaksa bergayut kpd populariti Dato' Seri Ahmad Husni dalam mana2 pergerakan kempen sekarang ini.

Bos aku terpaksa membuat 2 kerja. Satu menentang musuh sebenar beliau Ecah Serikandi yang dilihat sudah agak selesa kaum-kaum ibu di Tambun. Kenapa Zambry memberatkan lagi bos aku??? Kenapa Ziyad yang dipilih sedangkan ahli Umno Tambun sendiri telah mencalonkan calon lain yg lebih berkelayakan.

Anda nampak apa isunya disini? Tidak lain tidak bukan ianya adalah usaha terang-terangan Zambry membunuh Dato' Seri Ahmad Husni di Tambun. Sudah pastinya Zambry akan berguling-guling gembira seandainya bos aku itu tewas di Tambun kerana dengan mencalonkan Ziyad di Manjoi sememangnya satu strategi Umno untuk kalah di Manjoi.

Tahniah Zambry. Taulah apa aku nak buat pada hang sedikit masa lagi. Abis aku londehkan nanti. Tungguuuuuu!!!

Tuesday 2 April 2013

Panas!!!

Aku mendapat sms sebentar tadi. Agak mengejutkan.

"MB Perak akan mengadap Raja Dr Nazrin Shah jam 2.30ptg ini bersama-sama Dato' Ahmad Husni, AP Tambun" - 019- xxxx414

Adakah ini bermakna Perak bakal mendapat menteri besar yang baru selepas menang PRU 13 nnt? Mari kita sama-sama doakan ianya menjadi kenyataan.

Monday 25 March 2013

Khairul Azwan Harun d'Return...



Salam 1 Malaysia.

Salam bertemu kembali dalam posting-posting yang lebih menyengat. Agak sibuk bermula dgn cuti sekolah masa ni. Ruang akan dicuri demi memastikan penyangak politik Perak ketika ini kehangatan ponggongnya.

Apa khabar agaknya dengan Khairul Azwan sekarang?
Dengar cerita dh panas. Mula angkat kaki tinggalkan rumah mewahnya di Meru untuk mulakan rundingan damai di KL. Rundingan damai? Bukan di Lahad Datu ka yang ada perang? Jeng jeng jeng.

Takpa dalam tempoh dia sedang berunding ni, kita jangan cucuk banyak sangat. Tak elok untuk kesihatannya ketika ini.

antara sedikit syarikat berkaitan KAH yang aku up 

Ok cukup kot buat ari ni aku publishkan sket senarai kompeni yang pernah dan masih di bawah jajahan takluk Khairul Azwan Harun ini. Mungkin cukup buat kehidupannya yang semakin besar sekarang ini. So jgn pelik bagaimana dia boleh bergaya hebat dengan segala benda yang mewah. Jangan marah banggg.Hihi


Wednesday 20 March 2013

Santai Tengahari

Salam 1 Malaysia,

Seperti yang diduga, blog aku ini kini seoalah menjadi sumber pendapatan buat blogger-blogger Pakatan Haram untuk menghentam kepimpinan Datuk Seri MB. Serba salah aku dibuatnya. Niat asal hanyalah ingin mendedahkan siapa yang cuba mengambil peluang terhadap kelemahan kepimpinan Datuk Seri MB ini.

Malah ada juga sampai menuduh aku dibayar oleh Anwar memandangkan dia akan masuk kegelanggang negeri ini pada Pru-13 nanti. 

Bagi aku yang penting selamatkan Umno Perak lebih utama buat masa ini. Aku tidak ingin memberikan Anwar publisiti percuma di blog ini sepertimana yang dilakukan oleh blogger-blogger pro Umno sekarang ini. Jadi maaf aku akan terus fokus kepada tujuan asal aku menerbitkan blog ini. Buat pembaca yang tidak berpuas hati, mohon berlapang dada untuk menerima kekhilafan ini.

Ok, dalam masa yang sedikit terluang ini, aku mendapat idea untuk membuat undian siapakah calon MB yang anda akan pilih bagi menerajui kepimpinan pentadbiran negeri Perak tercinta selepas kita menang Pru-13 nanti, insyaALLAH. Moga dengan keizinanNYA dapat kita bersatu kembali menjadi tulang belakang parti keramat yang akan terus memimpin bangsa melayu menjadi bangsa terpuji.

Anda boleh membuat undian disebelah sidebar sebelah atas kanan blog. Maaf gambar Datuk Seri MB sekarang tidak termasuk dalam list.

Suatu Permulaan...

Aku tahu bilamana aku mula menyatakan sokongan kepada Dato' Ahmad Husni maka akan ada pihak-pihak  yang tidak suka dengan aku. Pelbagai komen yang jijik dihidangkan dalam peti komen aku mengatakan aku dibayar oleh pihak yang ingin melihat Umno tersungkur sekali lagi di negeri Perak.

Sampai begitu sekali. Kenapa tidak ditanya kepada Datuk Seri MB apa perkara yang dia buat sampai buat ahli Umno mcm aku menjadi seolah saldadu Sulu menyerang Malaysia tempohari??? Sudah diberi pelbagai imbuhan namun tergamak menyerang tempat mereka mencari nafkah. Bukan begituuuu. Aku ada asas yang nyata untuk menyerang kepimpinan Datuk Seri MB. Tidak percaya? Ok benda pertama aku nak kongsi dengan anda jika mengaku sayangkan parti keramat melayu ini.


Bukti bergambar di atas ini hasil pencarian yang aku buat dengan team aku untuk membuktikan kebrobrokan pemerintahan Datuk Seri MB yang bersikap jelas hanya menjaga orang-orang yang berkepentingan walaupun orang tersebut masih hijau dalam perjuangan parti keramat ini.

Di sini aku nak lontarkan satu persoalan, siapakah Khairul Azwan Harun??? Tunggu pendedahan selanjutnya selepas ini.

Monday 18 March 2013

Pengenalan Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Assalamu'alaikum, Salam 1 Malaysia

Mohon kemaafan buat semua kerna aku dalam keadaan yang begitu sibuk untuk menulis blog ini. Pelbagai kerja mendesak datang serentak buatkan aku menjadi semakin sesak. Namun aku tekad utk mencari ruang menulis demi kecintaan aku kepada Umno parti keramat orang melayu dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Bertalu-talu pertanyaan kepada aku kenapa sekarang baru aku ingin wujudkan blog ini? Adakah bertujuan melemahkan UMNO khususnya dan BN amnya? Aku lelah. Jika bukan sekarang, pasti Umno menjadi semakin parah. Sama seperti yang terjadi pada Pru-12 dahulu. Masih ingatkah kalian trajedi hitam itu?

Maaf bukan tujuan aku mengungkit kembali trajedi itu, cuma mungkin ingin mencari satu babak yang dapat diolah agar kita dewasa dengan apa yang menimpa Umno Perak ketika itu.

Cukup dahulu buat masa ini... buat penyokong Dato' Ahmad Husni disertakan serba sedikit latar belakang beliau yang aku anggap bakal memacu ekonomi negeri Dato' Maharajalela ini setanding negeri maju Melaka.

Biodata Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi bahagianTambun di Perak.

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kerjaya
1978 - Pengurus di AsiaVest Merchant bankers Berhad
1989 - Pengurus Besar di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
1997 - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
2001 - Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
2002 - Pengerusi MATRADE
2003 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
2009 - Pengarah Khazanah Nasional Berhad

Politik
1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun

Sejarah Penglibatan Dalam Pilihanraya
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan Ahmad Husni menang di Tambun dengan majoriti sebanyak 7,084.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Ahmad Husni menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari PAS dengan majoriti 17,360.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tambun , negeri Perak. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,942. Calon lawan ialah Mohamad Asri Othman dari PKR, mendapat 22,556 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 927.

Tuesday 12 March 2013

Umno perlu berubah


SEJARAH parti keramat ini pada 11 Mei diraikan semula tahun ini di usia 66 tahun. Umur yang dikira amat matang dan dewasa. Bagi pembangkang mereka melihat umur UMNO ini adalah saat-saat yang menanti detik kematian.

Saya asalnya bukan pendokong UMNO, malah jauh dari itu pernah menyokong Pas bermatian-matian hanya kerana Anwar Ibrahim sekitar 1998 hingga 2003. Ketika dalam kesesatan menyokong perjuangan 'bodoh' bersama Pas, saya mula nampak 'kehebatan' UMNO.

Dari kebencian yang meluap-luap terhadap UMNO, saya mula mengkaji kenapa UMNO dikatakan parti keramat. Pembangkang berjaya menanam rasa kebencian yang amat mendalam saya terhadap UMNO dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Malah saya pernah mengangkat kaki di peti televisyen ketika gambar beliau disiarkan.

Ketika pengumuman peletakan jawatan Dr. Mahathir yang saya benci, saya menangis teresak-esak di hadapan televisyen. Saya bertanya kenapa ia berlaku kepada saya ketika itu. Tentu ada sesuatu yang hebat dalam diri pemimpin UMNO itu.

Saya menemui banyak jawapan yang menyebabkan saya tidak akan berpaling dari menyokong UMNO sehingga ke akhir hayat saya. UMNO tidak menjanjikan syurga untuk saya, tetapi saya yakin menyokong Pas akan mengundang saya ke api neraka.

Namun saya masih lagi tertanya, kenapa UMNO 'lemah' sedangkan sepatutnya parti ini wajar memiliki ahli yang sanggup berjihad mempertahankannya. Kenapa ahli UMNO perlu menunggu arahan dalam meniup obor perjuangan.

Saya melihat kelemahan ahli dan pemimpin tertentu untuk menyedari peranan mereka. Pemimpin harus berupaya menyedarkan situasi cemas dan sentiasa sanggup bersedia berjuang dan berjihad memastikan kemenangan UMNO/ BN di kawasan masing-masing. Keadaan yang mendesak ini perlu dijadikan semangat untuk bangkit dan bergerak cergas dalam masa-masa kritikal menjelang PRU-13.

Saya masih teringat wawancara bersama Tun Dr. Mahathir di akhbar Mingguan Malaysia pada 20 November 2011. Apa yang boleh disimpulkan dari komen Tun tentang UMNO dan kepimpinannya terlalu bernas, tepat dan hampir sukar untuk dinafikan. Tun serta banyak pihak bercakap isu ini kerana sedar apa yang berlaku atas sebab sayang dan kasih terhadap UMNO yang menjadi payung kepada agama Islam, kekuatan bangsa Melayu dan tunggak kesejahteraan negara.

Soalnya, kenapa UMNO masih gagal meyakinkan golongan atas pagar dan gagal menarik ahli parti pembangkang yang sekarang sebenarnya dalam keadaan caca-merba dan tersangat keliru? Kenapa penyokong Pas atau PKR tidak berduyun-duyun menyertai UMNO seperti mana tahun 1998/99 ketika UMNO pernah ditimpa prasangka buruk, hingga ramai ahlinya yang menyertai pembangkang?

Kenapa strategi UMNO/BN sering gagal dan tidak menjadi? Malah kebanyakan masyarakat melihat seolah-olah hanya Perdana Menteri dan Timbalannya yang bertungkus-lumus meyakinkan rakyat tentang jasa dan sumbangan UMNO/BN. Ke mana hilangnya peranan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan sayap-sayap UMNO empat peringkat juga Ketua Cawangan?

Susah sangatkah mereka untuk merancang gerak kerja mendekati golongan pembangkang tegar dan atas pagar agar terbuka minda menyokong UMNO/BN. Malah amatlah malang bagi saya apabila melihat hampir semua program UMNO adalah untuk ahli UMNO dan penyokong tegar parti ini sahaja dan dilaksanakan di tempat tertutup. Apa yang sering UMNO anjurkan adalah lawatan, aktiviti sukan dan aktiviti rutin yang langsung tidak menjana ahli baru menyokong parti ini.

Sebagai bekas penyokong pembangkang, saya melihat sebilangan besar kepimpinan UMNO kurang berfikir di luar kotak. Mereka hanya menjaga ahli yang setia dan manja. UMNO tidak berani melakukan apa yang menjadi strategi pembangkang seperti ceramah terbuka berskala besar berbekalkan speaker dan corong suara yang boleh didengar dari jauh.

Pembangkang juga telah lama giat mengedar risalah yang mendedahkan keburukan dan fitnah terhadap kerajaan BN di kampung-kampung dengan kerajinan jentera mereka.

Kempen pembangkang cukup mudah dan murah!. Mereka hanya berbekalkan konsep ceramah terbuka di padang dengan kos yang minimum tetapi mampu menarik beribu orang dan menyokong mereka. Dakyah mereka meresap masuk dengan mudah kepada sesiapa sahaja yang hadir jika apa yang didengar itu tidak ditapis secara hikmah.

Bukti dan hasilnya, mereka mengekalkan kuasa di Kelantan selama 21 tahun sekalipun tiada kemajuan dan kemakmuran dapat dibuktikan. Mereka mampu pula menawan empat negeri lain dalam PRU-12 dan bertapak melalui markas parti di hampir semua negeri yang dahulunya tidak terbayang boleh dilakukan berbekalkan strategi yang saya nyatakan.

Mengapa usaha seperti yang dinyatakan ini tidak difokuskan dan kurang dilaksanakan di peringkat bahagian. Kalau dilaksanakan pun, promosi dan aktiviti ceramah ini tidak didedahkan secara agresif hingga tidak ramai yang hadir dan terlalu protokol. Malah tugas semudah membuat salinan artikel pun sebenarnya boleh digerakkan oleh jentera Penerangan Bahagian mengenai isu semasa yang memihak kepada kerajaan.

Namun malang, ia juga 'tidak mampu' difikirkan oleh mereka mungkin disebabkan kos fotostat lebih mahal dari kos menganjurkan program besar-besaran. Malah banyak program lebih mahu menonjolkan diri untuk menjadi 'calon pilihan' bukan untuk 'niat perjuangan'.

Berdasarkan pemerhatian, ahli UMNO amat kurang membaca dan tidak bersedia mengorbankan RM1.50 untuk menyokong akhbar Utusan Malaysia. Kalaulah perkara ini boleh diberi perhatian oleh kepimpinan Bahagian dan Cawangan pasti mereka mendapat banyak input dengan hanya kos RM5 seminggu untuk membuat salinan tulisan- tulisan dalam akhbar Utusan seperti tulisan Zaini Hassan dalam CUIT yang mampu disebarluaskan di cawangan masing-masing.

Perang saraf boleh digerakkan oleh Ketua Cawangan dengan pelbagai kaedah mudah dan murah. Jika tugas seperti ini pun tidak mampu lagi dilaksanakan mereka maka saya bimbang UMNO akan terus layu dan mati sebelum waktunya. Semangat jihad dan kerja keras golongan lelaki dalam parti ini juga semakin kurang. Apakah pendokong parti keramat ini akan bersedia menerima nasib parti-parti besar lain seperti Golkar (Indonesia), LDP (Jepun) dan Kongres (India) yang pernah berjasa kepada negara bangsa mereka?

Saya bimbang masa sudah terlalu lewat dan ketika itu UMNO sudah terlalu nazak. Sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum UMNO yang berjasa ini ditalkinkan, mungkinkah sebilangan besar ahli dan pemimpinnya yang masih bersikap 'bodoh sombong' mahu berubah dalam masa kecederaan? Apakah UMNO mengharapkan keajaiban 'sepakan penalti' dalam masa kecederaan dan bergantung kepada kekuatan 'calon boleh menang' sahaja seperti mana Harimau Muda bergantung sepenuhnya kepada Khairul Fahmi (Apek) untuk menyelamatkan maruah negara dan gawang golnya?

Pendokong UMNO tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata tanpa giat berusaha. UMNO berada di dalam gelanggang sendiri tetapi seolah-olah bermain di stadium milik lawan. Harimau Muda telah dipersiapkan oleh jurulatihnya untuk menghadapi segala tekanan, tetapi jurulatih atau pemimpin UMNO kelihatan masih gagal menguruskan mental dan sikap kerjasama pasukan sedangkan gelombang perang PRU 13 mula sudah kedengaran.

Tiada salahnya untuk UMNO mencontohi pembangkang dalam gerak kerja mereka. Kita tahu dan kita sedar akan malapetaka besar jika pakatan pembangkang menjadi pemerintah. Untuk menang selesa, lakukanlah perubahan dan percaturan strategi yang berbeza. Usahakan amalan solat hajat dan munajat di semua UMNO Bahagian agar Allah SWT membantu UMNO dan kepimpinannya di saat begini.

Sedarlah bahawa anda berada di dalam sebuah parti yang ikhlas, betul dan benar dalam asas perjuangannya. Parti yang anda dokong ini benar-benar berjasa kepada seluruh bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Jika saya yang pernah menyokong pembangkang melihat kehebatan UMNO dan jasa-jasanya, mengapa sebilangan besar ahlinya tidak menjiwai semangat perjuangan yang menjadi nadi UMNO.

Justeru jangan ragu-ragu berjihad dan berkorban kerana parti keramat UMNO ini adalah 'alat dan senjata utama' mempertahankan akidah dan kesucian agama Islam, mengangkat martabat bangsa Melayu dan maruah negara Malaysia.- Utusan Malaysia

Aku sayang Umno

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia.. Salam Perak Aman Jaya.. Blog ini aku nukilkan tanda rasa sedih dengan situasi Umno sekarang khususnya Umno Perak.

Terlalu banyak masalah terutama dibawah pimpinan Dato' Dr Zambry selepas mengambil alih kerajaan Perak dengan cara tidak bertadaman yang sama sekali saya tidak selesa.

Dibawah Dr Zambry Kadir, terdapat banyak penyelewengan dan salah guna kuasa dan ini dapat dilihat dan dapat dibuktikan.

Terutama isu tanah, terlalu banyak kes yang didedahkan oleh sekutu Pakatan Pembangkang dan ianya tidak dapat dinafikan oleh Zambry.

Aku aku dedahkan selagi apa yang aku ada info dan maklumat. Aku dedahkan untuk menyelamatkan perjuangan Umno. Aku dedah dengan fakta.

Moga Allah merahmati usaha murni ini.

Umno: dulu, kini dan selamanya.