Monday 18 March 2013

Pengenalan Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Assalamu'alaikum, Salam 1 Malaysia

Mohon kemaafan buat semua kerna aku dalam keadaan yang begitu sibuk untuk menulis blog ini. Pelbagai kerja mendesak datang serentak buatkan aku menjadi semakin sesak. Namun aku tekad utk mencari ruang menulis demi kecintaan aku kepada Umno parti keramat orang melayu dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Bertalu-talu pertanyaan kepada aku kenapa sekarang baru aku ingin wujudkan blog ini? Adakah bertujuan melemahkan UMNO khususnya dan BN amnya? Aku lelah. Jika bukan sekarang, pasti Umno menjadi semakin parah. Sama seperti yang terjadi pada Pru-12 dahulu. Masih ingatkah kalian trajedi hitam itu?

Maaf bukan tujuan aku mengungkit kembali trajedi itu, cuma mungkin ingin mencari satu babak yang dapat diolah agar kita dewasa dengan apa yang menimpa Umno Perak ketika itu.

Cukup dahulu buat masa ini... buat penyokong Dato' Ahmad Husni disertakan serba sedikit latar belakang beliau yang aku anggap bakal memacu ekonomi negeri Dato' Maharajalela ini setanding negeri maju Melaka.

Biodata Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi bahagianTambun di Perak.

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kerjaya
1978 - Pengurus di AsiaVest Merchant bankers Berhad
1989 - Pengurus Besar di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
1997 - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
2001 - Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
2002 - Pengerusi MATRADE
2003 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
2009 - Pengarah Khazanah Nasional Berhad

Politik
1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun

Sejarah Penglibatan Dalam Pilihanraya
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan Ahmad Husni menang di Tambun dengan majoriti sebanyak 7,084.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Ahmad Husni menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari PAS dengan majoriti 17,360.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tambun , negeri Perak. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,942. Calon lawan ialah Mohamad Asri Othman dari PKR, mendapat 22,556 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 927.

6 comments:

  1. yang bagi binatang ni menjadi calun ialah cikgu aziz tambun .tapi anak haramjadah ni tak kenang budi.orang tua tu meninggal pun bukan dia datang.yahudi ini jenis kaduk naik junjung

    ReplyDelete
  2. Bagi nama saper yg Marah cikgu Aziz, dia dah mengajar anak hang lagi kurang ajaq- Nanti anak hang jadi lanun baru tau, Cikgu Aziz dipilih sebab kebolehan dia Menganar dengan pihal lawan Dato boleh ker ? Umno hanya boleh Maju dengan cikgu Aziz. ada faham.. mulut jaga2 jgn suka suka hentam org.

    ReplyDelete
  3. undi PR pru 13 ni...

    ReplyDelete
  4. hilopppp pee end~

    ReplyDelete
  5. Saya tetap undi PR, walaupun saya amat menghormati Dato Husni, semoga beliau join Pakatan Harapan Rakyat, Demi Islam dan Rakyat, jgn diharap pada UMNO lagi

    ReplyDelete