Friday 26 April 2013

HOLA

Salam 1 Malaysia,

Terlalu ramai yang menghantar email bertanyakan kehilangan aku dalam dunia penulisan blog. First 4 all, aku panjatkan jutaan kemaafan di atas perkara tersebut. Terpaksa aku tegaskan kehilangan sementara aku bukanlah disebabkan penulisan aku selama ini. Ianya lebih kepada sabbatical. Terlalu lemas dengan pelbagai kekangan.

Antara yang paling utama ialah tugasan menyiapkan tesis akhir pengajian aku. Justeru aku terpaksa meletakkan keutamaan mengikut aturan. Agak rugi jika ianya tertangguh hanya disebabkan aku perlu memberi penumpuan lebih kepada Zambry. Adakah ianya memberi makna aku tidak akan mendedahkan apa jua kelemahan Zambry? Tidak sama sekali.

Sementelah pula bos aku tidak diberi ruang untuk bertanding DUN sedangkan 2 bulan sebelum itu ketika berbincang dalam fasa akhir perasmian UTC, Zambry memberi perakuan yang bos aku akan bertanding di DUN Manjoi bagi membuktikan kepada umum yang Zambry dan bos aku tidak pernah bermasalah.



Dengan mencalonlan Ziyad, budak hingusan sebagai calon DUN Manjoi nampaknya perseteruan Zambry terhadap bos aku akan berkekalan dalam dunia politik Umno Perak khususnya. Pencalonan budak PAS itu di DUN Manjoi membuktikan pembunuhan karakter sedang berlaku dan mangsanya ialah bos aku sendiri. Tengoklah budak PAS berwatak alim itu, terpaksa bergayut kpd populariti Dato' Seri Ahmad Husni dalam mana2 pergerakan kempen sekarang ini.

Bos aku terpaksa membuat 2 kerja. Satu menentang musuh sebenar beliau Ecah Serikandi yang dilihat sudah agak selesa kaum-kaum ibu di Tambun. Kenapa Zambry memberatkan lagi bos aku??? Kenapa Ziyad yang dipilih sedangkan ahli Umno Tambun sendiri telah mencalonkan calon lain yg lebih berkelayakan.

Anda nampak apa isunya disini? Tidak lain tidak bukan ianya adalah usaha terang-terangan Zambry membunuh Dato' Seri Ahmad Husni di Tambun. Sudah pastinya Zambry akan berguling-guling gembira seandainya bos aku itu tewas di Tambun kerana dengan mencalonkan Ziyad di Manjoi sememangnya satu strategi Umno untuk kalah di Manjoi.

Tahniah Zambry. Taulah apa aku nak buat pada hang sedikit masa lagi. Abis aku londehkan nanti. Tungguuuuuu!!!

2 comments:

  1. Sesama umno...jahat belaka.Allah Taala takde dlm otak demer.

    ReplyDelete
  2. Semua pasal duit. Nak duit? Masuk UMNO. Nak kaya? Masuk UMNO. Beribu-ribu kontraktor kelas F semuanya orang UMNO. Tapi hanya tahu sub kontrak bagi Ah Meng, Ah Lee & Ah Kau.

    Sudah tiba masanya, orang Melayu sedar budaya UMNO nie hanya menjahanamkan orang Melayu sendiri.

    ReplyDelete